PERUTUSAN YDP PIBG

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Dan Salam Satu Malaysia.




Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Persatuan Ibu_Bapa Dan Guru(PIBG) sesi 2012-2014 sebagai Yang Dipertua. Dengan Keyakinan yang ada pada saya akan saya laksanakan amanah yang diberi ini dengan sebaik mungkin untuk memacu Transformasi Ke Arah Kecemerlangan.


Saya mengucapakan syabas dan tahniah kepada pelajar 3 orang pelajar spm 2011 mendapat 9A+ dan 51 orang mendapat 9A sekaligus mebuat MOZAC mencapai keputusan yang cemerlang dengan GPS 1.51, memperbaiki GPS SPM 2010 iaitu 1.71. MOZAC sekali lagi dapat mencapai sasaran KPI yang ditetapkan , SET (significantly exceed target) . Syabas dan Tahniah sekali lagi saya ucapkan.


Harapan saya kepada semua ahli jawatankuasa supaya kita sama-sama berganding bahu bekerja keras dalam membawa perubahan dari egi pembagunan dan kebajikkan pelajar agar sekolah MOZAC terus cemerlang,gemilang dan terbilang. Saya juga berharap ahli jawatnkuasa lain bukan hanya sekdar memanaskan kerusi malah sama-sama memacu transformasi ke arah kecemerlangan.


Saya percaya kerjasama semua pihak akan mebolehkan pencapaian misi dan visi PIBG tercapai dan meletakkan MOZAC sebagai sekolah yang disegani seluruh Malaysia.




Encik Roslan Bin Mat Nong
Yang dipertua PIBG
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
Ayer keroh
Melaka